Pages

Monday, August 18, 2008

Inilah Malaysia Yang Ku Cintai

Entah mengapa, semakin hari semakin muak dan meluat aku membaca akhbar. Aku inginkan informasi yang boleh membantu aku mengetahui akan dunia ini. Seperti yang sering dinasihatkan oleh cikgu sekolah rendah aku, "membaca akhbar, tambah pengetahuan tau", masih terngiang-ngiang ungkapan itu di telinga ku. Akan tetapi nasihat cikgu ku itu tidak dapat aku ikuti sekarang, sebab aku benci membaca akhbar sekarang. Aku geli dengan berita-berita yang terpampang dalam akhbar sekarang. Macam aku bukan hidup di Malaysia, seperti hidup di London di mana apa yang haram di halalkan, apa yang tidak menjadi tabiat manusia diamalkan. Aduhai Malaysiaku.
Apa sudah jadi dengan negaraku ini? Manusia sepatut semakin bijak dalam berfikir, tetapi perkara sebaliknya terjadi kepada bangsaku sendiri. Bagaimana kita mengaku antara negara termaju dan membangun jika pemikiran rakyat masih di takuk yang sama. Dari yang paling atas hingga yang paling bawah kedudukan dalam masyarakat semua sama. Masih mempunyai pemikiran yang kolot lagi karut lagi melalut dan bermacam lagi. Aku ingin cuba lari dari semua ini.
Aku geram dengan apa yang berlaku dalam negaraku ini. Aku meluat dengan kerenah manusia yang sedang mencipta arus di negaraku ini. Mereka bijak berkata-kata, menipu seluruh rakyat jelata, memanipulasi pemikiran rakyat. Inikah yang sepatutnya mereka lakukan? Bukankah ramai manusia miskin di negara ini? Bukankah banyak lagi sekolah yang perlukan bantuan? Bukankah ramai rakyat yang masih ditindas? Di mana mereka yang sering menutur janji manis mereka? Di mana? Sibuk dengan agenda masing-masing, untuk kuasa, untuk duit, untuk kedudukan. Apa ertinya kalau rakyat tidak dihiraukan.
Aku sayang kan Malaysia. Aku mungkin antara rakyat yang betul-betul ikhlas sayangkan Malaysia. Bukan seperti mereka yang hanya pandai mengatakan sayang pada kata-kata sahaja. Inilah Malaysia yang ku cintai.

1 comments:

Adlan said...

aku juga sayangkan malaysia..
tapi keadaan sekarang sungguh berbeza dgn malaysia yg kukenali dulu

inilah malaysia alaf baru..
inilah malaysia dgn wawasan 2020 nya..