Pages

Thursday, August 21, 2008

Apa Itu Merdeka?

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"...laungan yang sering bergema tatkala 12.01 tgh malam 31 Ogos setiap tahun. Ia melambangkan kita sudah bebas daripada penjajah dan melambangkan kita sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri. Tetapi, persoalan yang kita harus tanya pada diri sendiri, "Adakah kita ini sudah benar-benar merdeka?", "Apakah erti kemerdekaan dan kebebasan yang kita dapat hari ini?"..hmm..persoalan yang tiada jawapan sampai ke sudah.
Aku ingin memberi sedikit gambaran akan erti kemerdekaan yang aku sendiri fahami. Bagi saya, kemerdekaan itu bukan sahaja kita bebas dari belenggu penjajah, malah kemerdekaan itu turut merangkumi apa yang kita lakukan kesan dari kemerdekaan itu. Maksudnya, kita mengubah persepsi kita mengenai dunia, mengenai diri kita, bangsa, agama dan negara. Kita berubah seiring dengan kemerdekaan yang kita dapat hari ini. Kita mencipta arus kita sendiri, mencipta identiti kita sendiri supaya orang lain dapat mengenali diri kita yang sebenarya. Contoh yang paling mudah, kalau identiti masyarakat Malaysia terkenal dengan sopan-santun serta adat ketimuran, maka dengan identiti itulah kita membentuk imej negara dan membangunkan minda rakyat negara ini.
Tetapi, perkara yang sebaliknya berlaku, minda rakyat serta pembangunan negara kita banyak dipengaruhi dengan elemen-elemen yang bukan asalnya dari tanah kita sendiri. Masakan tidak, anak-anak muda negara ini bangga dengan budaya barat. Dari fesyen hingga ke aktiviti seharian, mereka lebih selesa untuk mengamalkan budaya luar atau budaya penjajah. Inikah kemerdekaan yang sebenar. Semakin banyak budaya luar yang telah menjadi budaya kita sekarang. Contoh yang paling dekat dan terkini, budaya tarian 'shuffle'. Tarian yang wujud dari Australia ini telah menjadi kegilaan remaja Malaysia. Mengapa budaya ini menjadi amalan masyarakat kita hari ini?...Mana jatidiri kita sebagai rakyat Malaysia yang telah 50 tahun merdeka dan bakal melangkaui 51 tahun kemerdekaan ini?..Kalau kita suruh anak-anak muda ini menari zapin di jalanan, mesti mereka malu, tetapi tarian seperti 'shuffle' atau 'breakdance' tidak pula mereka segan untuk melakukannya walaupun di tepi jalan. Pelik..pelik dan pelik.
Dari segi pembangunan, kita tidak melakukan transfromasi negara dengan cara kita sendiri. Benar, kita kena belajar daripada orang, tetapi sampai bila kita hendak belajar? Bila lagi kita pula yang jadi pengajar?...Kita takut untuk melakukan sesuatu yang baru, kita takut untuk menjadikan diri kita satu ikon untuk negara-negara luar. Kita hanya mampu tunduk serta patuh dengan apa yang telah diarahkan. Kita tidak pernah sekali berani untuk mengatakan kita akan membangun dengan cara kita sendiri. Kita hanya meniru dan terus meniru orang lain. Lemahnya.
Malaysia bakal mencapai 51 tahun kemrdekaan, dan kita sebagai rakyat Malaysia harus mengubah paradigma kita seiring dengan kemerdekaan ini. Tolong lah jangan lagi di takuk yang sama. Tolong lah buka minda kita supaya kita tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Berani untuk berfikir luas dari kotak yang sama. Akhir sekali, Merdeka!

0 comments: