Pages

Thursday, September 20, 2007

Bulan Ramadhan

Salam Buat Semua,
Bulan Ramadhan menjelang lagi, bulan yang di dalamnya banayk kelebihan. Dalm bulan ini Allah tutup semua pintu-pintu neraka dan membuka seluas-luasnya semua pintu-pintu syurga. Dalam bulan ini juga, setiap amalan yang kita buat, ganjarannya berlipat kali ganda. Bayangkan betapa besarnya hikmah bulan Ramadhan ini.

Sebagai Umat Islam, kita seharusnya merebut peluang yang Allah telah kurniakan kepada kita. Jangan kita sia-siakan peluang ini kerana kita tidak tahu adalah kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Kita jadikan bulan Ramadhan sebagai medan untuk kita melatih diri kita dan mengubah diri kita.

Jadi renung-renungkanlah. Wassalam.