Pages

Saturday, February 9, 2008

Aku & Pilihanraya Presiden Amerika


Mesti tertanya-tanya, apa kaitan diriku dengan pilihanraya Presiden Amerika yang sedang hangat berjalan? Jawapan ku mudah, ini disebabkan aku tertarik dengan sistem pilihanraya mereka. Ini disebabkan di Amerika, hanya jawatan presiden yang direbut dan untuk satu parti, ada 2 hingga 5 atau ramai lagi calon yang bertanding sesama sendiri untuk merebut jawatan tersebut. Ini dapat dilihat dalam Parti Demokrat, Hilary Clinton bertanding dengan Barack Obama dan ternyata persaingan antara kedua-dua calon ini sangat sengit. Untuk Parti Republikan, terdapat 4 calon pada awalnya yang bertanding iaitu John McCain, Mike Huckabee, Mitt Romney dan Paul, kini hanya tinggal 2 calon iaitu John McCain & Mike HUckabee. Ini disebabkan Mitt Romney menarik diri daripada bertanding.
Apa yang menarik bagi ku, bagaimana setiap calon ini mempunyai kekuatan tersendiri dan sokongan yang kuat. Masing-masing mempunyai bilangan penyokong yang ramai dan pengaruh yang kuat di kalangan penyokong-penyokong mereka. Senario ini dapat ku lihat menerusi siaran berita CNN yang aku tonton. Aku dapat melihat senario tersebut sewaktu mereka menyampaikan ucapan di hadapan penyokong-penyokong mereka. Aura yang mereka bawa ketika menyampaikan ucapan menarik perhatian aku. Apa yang menarik minatku adalah setiap calon mempunyai karisma ketika menyampaikan ucapan. Mereka mempunyai kredibiliti tersendiri.