Pages

Monday, June 23, 2008

EURO 2008: Portugal Out! Croatia Out! Holland Out!...Sepanyol mangsa seterusnya?

Aku tengah menghadap tv sekarang ni. Menunggu match antara Sepanyol dan Itali. Sudah 3 malam aku menyaksikan perlawanan suku akhir Euro 2008 dan dalam ketiga-tiga malam itu juga aku menyaksikan ketiga-tiga pasukan favourite tersungkur, dimulai dengan Portugal, kemudian Croatia dan diikuti dengan pasukan yang aku sangkakan akan menang kejohanan kali ini, iaitu Holland a.k.a. Belanda. Emm..kecewa


Perlawanan pertama suku akhir adalah antara Portugal dan Jerman. Keseluruhan perlawanan ini memang menarik. Kedua-dua pasukan sering menyerang dan mencari ruang untuk menjaringkan gol. Gol pertama dihasilkan oleh Jerman hasil dari gerakan menarik Lukas Podolski yang seterusnya membuat hantaran lintang untuk membuka ruang kepada Shwansteiger untuk mnjaringkan gol. Kemudian Portugal mula membuat gerakan untuk menyerang tetapi gagal menembusi gawang Jerman yang dikawal Jens Lehmann. Akhirnya gol kedua Jerman hadir hasil daripada sepakan percuma yang cantik dan ditanduk masuk oleh Miroslav Klose. Tersentak dengan gol kedua Jerman, Portugal mula menyerang, hasil daripada gerakan Ronaldo dan kesilapan pertahanan, akhirnya Nuno Gomez berjaya menjaringkan gol untuk Portugal sebagai pembakar semangat untuk separuh masa kedua. Dipendekkan cerita, gol ketiga Jerman juga hasil daripada sepakan percuma dan kali ini Ballack berjaya menanduk masuk gol ketiga Jerman yang meranapkan harapan Portugal untuk ke separuh akhir. Di minit-minit akhir perlawanan, hasil gandingan dua pemain gantian, Nani dan Postiga, berjaya menjaringkan gol kedua Portugal, namun sudah terlambat. Jerman berjaya mara ke separuh akhir menewaskan Portugal.



Perlawanan suku akhir kedua antara Croatia dan Turki memang satu perlawanan yang sangat 'hampeh' bagi aku. Gaya permainan yang perlahan dan jarang sekali membuat gerakan yang merbahaya. Akhirnya, perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Ketika masa tambahan inilah, satu saat yang paling 'hampeh' terjadi dan mengundang mulutku untuk menuturkan kata-kata yang tidak akan dijumpai di dalam mana-mana kamus. Croatia berjaya menjaringkan gol yang akan membawa mereka ke separuh akhir, tetapi, akibat hilang fokus dan kesilapan pertahanan, Turki berjaya menjaringkan gol penyamaan. Akhirnya perlawanan dilanjutkan melalui penentuan penalti. Sekali lagi perkara 'hampeh' terjadi, Croatia hanya berjaya menjaringkan 1 gol, 2 tersasar, manakala Turki berjaya menjaringkan ketiga-tiga penalti yang membawa mereka ke separuh akhir dan melenyapkan impian Croatia.



Perlawanan suku akhir ketiga adalah yang paling mengecewakan aku. Ini kerana, pasukan yang aku jangkakan akan memenangi kejohanan kali ini, iaitu Belanda a.k.a. Holland tewas kepada Rusia. Memang mengecewakan. Belanda yang hadir selaku pasukan yang paling banyak menjaringkan gol, serta berjaya menewaskan kedua-dua finalis Piala Dunia dan satu-satunya pasukan yang memikat dengan gaya permainan yang laju, longlai pada peringkat ini. Belanda gagal mempamerkan permainan mereka, sebaliknya Rusia berjaya menguasai permainan. Rusia berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Pavlechenko. Di minit-minit akhir, Nistelrooy berjaya menanduk masuk gol penyamaan yang menghidupkan kembali saingan mereka. Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, pada kali ini Rusia lebih menyengat, dan rahsianya adalah 'maestro' mereka, Andrei Arshavin. Memang 'superb'!. Dia berjaya mencipta peluang untuk gol kedua Rusia dan menjaringkan gol ketiga dan kemenangan Rusia.


Dan pagi ini aku terus menunggu perlawanan suku akhir keempat sambil mengharapkan tiada lagi drama. Tetapi, ibarat pepatah yang aku cipta, "Football is Cruel". Barisan bintang yang banyak serta rekod yang baik tidak menjanjikan kemenangan, sebaliknya semangat, taktik yang baik serta tidak mudah mengalah adalah kuncinya. Adakah Sepanyol akan menjadi mangsa seterusnya? Hadir sebagai johan kumpulan seperti ketiga-tiga pasukan 'favourite' yang tewas pada suku akhir menentang Itali yang hampir tersingkir awal dan bergelut untuk layak ke suku akhir. Aku tidak mahu membuat 'prediction' lagi cuma mengharapkan satu perlawanan yang menarik sebentar lagi. Apa sahaja keputusan, itu adat perlawanan, seperti yang aku katakan, "Football is Cruel".

Friday, June 13, 2008

Hari Ini Dalam Hidup Aku

Huargh!..mengantuknya..hmm..aku baru bangun dari lenaku. Ku lihat jam di telefon ku..tepat jam 6.30 pagi. Aku terus bangun dan mengambil wudhuk bagi menunaikan kewajipan kepada Tuhan yang menciptaku. Selesai sahaja solat, aku terus berteleku di atas sejadah sambil melihat ke arah tingkap. Aduh, cantiknya pemandangan di awal pagi yang sering aku lepaskan kerana tidur. Sungguh cantik dan indah sekali pemandangan itu. Aku asyik melihat keindahan itu dan tanpa ku sedari, aku kembali ke alam mimpi.
Argh!!!..aku tersentak, terjaga dari lamunan ku. Aku terkejut melihat pemandangan yang aindah tadi bertukar menjadi satu suasana yang begitu mengerikan. Mayat bergelimpangan di sana-sini, bangunan terbakar, api marak bagaikan naga rakus memamah segala yang dilaluinya. Ku lihat manusia berlari tanpa hala tuju. Aku terpaku seketika, apa yang terjadi sewaktu aku terlelap tadi? Lantas aku pun berlari sama tanpa mengetahui apa yang terjadi. Ku dengar teriakan berkata, "mereka datang lagi!!! lari!!!" siapa mereka? ku bertanya kepada diriku. Tiba-tiba ku terdengar satu bunyi yang sungguh kuat, membingitkan telingaku, sungguh sakit telinga ku mendengar suara itu. Ku melihat beberapa buah kereta kebal menuju kearah ku, aku ketakutan, lalu aku berlari untuk bersembunyi. Tiba-tiba kereta tebal tersebut melepaskan beberapa das tembakan kearah bangunan pencakar langit Malaysia, KLCC. Boooom!!! satu letupan kuat dapat didengari, jatuh menyembah bumi akhirnya KLCC tersebut dengan serangan itu. Malaysia diserang? aku bertanya, bagaimana Malaysia yang selami ini aman dan makmur dan tidak pernah berkonfrontasi dengan mana-mana negara diserang? apakah yang telah berlaku selama aku tidur ini? apa yang terjadi? soalan demi soalan menyerang diriku. Aku terus berlari untuk menyelamatkan diri. Tiba-tiba aku dihentak dari belakang. Pandanganku kabur. Hitam. Terus hilang. Woosh!..muka aku disiram dengan air, ku lihat di depanku beberapa susuk manusia berdiri sambil memegang senjata. Mereka bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Tiba-tiba seorang daripada mereka menghalakan senjata ke arahku, adakah ini pengakhiran hidupku? Ya Allah ampunilah aku dari segala dosa-dosa yang aku lakukan selama ini. Sambil menutup mata aku mengucap 2 kalimah syahadah, bang!
"Izzi oi, bangun, kau ni mengigau ke?"..kejut sahabatku. apa, aku bermimpi? Astahghfirullah, bermimpi ruapanya aku. Aku mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana itu hanyalah mainan tidurku. Aku bersyukur negara aku masih lagi aman dan sentosa. Aku bersyukur aku tidak berhadapan dengan suasana itu. Lantas aku menolah ke arah tingkap, hari yang cerah dan tenang aku melihat suasana itu.

Friday, June 6, 2008

Sesekali Termenung Jauh...


Sesekali Termenung Jauh,
Fikiranku Melayang Memikirkan Sesuatu,
Kadang-kadang ia Melangkau Batasan Waktu,
Hingga Membuatku Menjadi Buntu,
Tapi Aku Tahu Ia Memberiku Sesuatu,

Sesekali Termenung Jauh,
Aku Memikirkan Masa Depanku,
Apakah Yang Akan Terjadi Padaku,
Adakah Aku Akan Membuat Sesuatu,
Ataupun Semata-mata Duduk Membatu,

Sesekali Termenung Jauh,
Aku Memikirkan Nasib Umatku,
Yang Terus Dipukul Dipalu,
Hingga Membuatku Sedih Dan Terkedu,
Hingga Merentap Semangatku,

Sesekali Termenung Jauh,
Aku Memikirkan Tuhanku,
Yang Mencipta Segala Sesuatu,
Tanpa Sempadan Waktu,
Ku Syukuri Nikmat Yang Dia Kurnia Kepada Ku,

Sesekali Termenung Jauh,
Ku Rasakan Singkat Hidupku,
Hinggap Ketakutan Melanda Diriku,
Kerana Dosa-dosa Yang Terus Menghantui Diriku,
Seakan-akan Tidak Mahu Lenyap Dari Diriku,

Sesekali Termenung Jauh,
Sesungguhnya Allah Itu Maha Pengasih,
Kasihnya Tiada Memilih,
Asalkan Kepada-Nya Kita Merintih,
Asalkan Kasih-Nya Kita Menagih,

Sesekali Termenung Jauh.

Izzi
6 Jun 2008
6.22 p.m.
UIAM



1 Picture Can Tell You 1001 Stories...Memories At Seri Manjung








Ketika Taklimat Berlangsung










Sarapan Pagi












Kenangan Di Teluk Batik Beach Resort










Gambar Kenangan Dengan Adik-adik Kami





Gambar Kenangan Dengan Guru Pengiring