
Perlawanan pertama suku akhir adalah antara Portugal dan Jerman. Keseluruhan perlawanan ini memang menarik. Kedua-dua pasukan sering menyerang dan mencari ruang untuk menjaringkan gol. Gol pertama dihasilkan oleh Jerman hasil dari gerakan menarik Lukas Podolski yang seterusnya membuat hantaran lintang untuk membuka ruang kepada Shwansteiger untuk mnjaringkan gol. Kemudian Portugal mula membuat gerakan untuk menyerang tetapi gagal menembusi gawang Jer
man yang dikawal Jens Lehmann. Akhirnya gol kedua Jerman hadir hasil daripada sepakan percuma yang cantik dan ditanduk masuk oleh Miroslav Klose. Tersentak dengan gol kedua Jerman, Portugal mula menyerang, hasil daripada gerakan Ronaldo dan kesilapan pertahanan, akhirnya Nuno Gomez berjaya menjaringkan gol untuk Portugal sebagai pembakar semangat untuk separuh masa kedua. Dipendekkan cerita, gol ketiga Jerman juga hasil daripada sepakan percuma dan kali ini Ballack berjaya menanduk masuk gol ketiga Jerman yang meranapkan harapan Portugal untuk ke separuh akhir. Di minit-minit akhir perlawanan, hasil gandingan dua pemain gantian, Nani dan Postiga, berjaya menjaringkan gol kedua Portugal, namun sudah terlambat. Jerman berjaya mara ke separuh akhir menewaskan Portugal.




Dan pagi ini aku terus menunggu perlawanan suku akhir keempat sambil mengharapkan tiada lagi drama. Tetapi, ibarat pepatah yang aku cipta, "Football is Cruel". Barisan bintang yang banyak serta rekod yang baik tidak menjanjikan kemenangan, sebaliknya semangat, taktik yang baik serta tidak mudah mengalah adalah kuncinya. Adakah Sepanyol akan menjadi mangsa seterusnya? Hadir sebagai johan kumpulan seperti ketiga-tiga pasukan 'favourite' yang tewas pada suku akhir menentang Itali yang hampir tersingkir awal dan bergelut untuk layak ke suku akhir. Aku tidak mahu membuat 'prediction' lagi cuma mengharapkan satu perlawanan yang menarik sebentar lagi. Apa sahaja keputusan, itu adat perlawanan, seperti yang aku katakan, "Football is Cruel".
2 comments:
ternyata sangkaan anda meleset kerana dengan megahnya sepanyol menag selaku juara EURO 2008 setelah lebih 40 tahun tidak menyandang gelaran tersebut. tahniah kepada sepanyol!! dan..rajinnya tunggu siaran suku akhir..tak tido ek...;-)
pernah terdengar orang kata bola sepak itself itu haram.. tul ker?
Post a Comment