Pages

Monday, April 21, 2008

One Memorable Journey...UIAM to Seri Manjung

4hb April 2008


Tepat jam 5.30 petang kami memulakan perjalanan kami untuk ke Seri Manjung. Aku ditemani My Love=), menaiki Myvi warna perak menuju ke Plaza Tol Jalan Duta. Pada mulanya aku yakin perjalanan kami akan berjalan dengan lancar, tetapi bak kata pepatah, 'malang tak berbau'. Apabila sampai sahaja di Plaza Tol, aku melihat 'dashboard', aku dapati suhu kereta aku naik secara mendadak, dalam istilah mekanik, 'overheat'. Aku mula risau, My Love memberikan cadanganHSupaya aku memberhentikan kereta di stesen minyak berdekatan. Di situ, My Love banyak menenangkan aku, bertuahnya aku=). Aku menelefon ramai orang pada masa itu, bermula dengan ayahku sehinggalah ke Cik Operator Servis Perodua. Dipendekkan cerita, tepat jam 8.30 malam, lori tunda pun sampai di stesen minyak tersebut. Aku ingat lagi nama beliau, Mani, terima kasih banyak2 Mr. Mani. Setelah selesai proses dengan kereta aku, kami pun menahan teksi untuk balik ke UIAM. Setelah sampai ke UIAM, aku pun menelefon abg. Mizi untuk mengambil kami di situ. Lawak kan, baik suruh dia ambil awal2 kat UIA kan..hehehe. Kami pun menunggu abg. Mizi di tangga besar. Setelah menjamu selera di HS Cafe, kami pun melepak di tangga besar. Kami sempat berbincang beberapa topik untuk 'Final Exam' kami. Gila kan, nak dekat final tu..hehehe. Sedang melepak di tangga besar itu, aku melihat My Love aku kebosanan dan kepenatan, kesian dia, sanggup menemani aku, Love You!!=) Melihat keadaan dia, aku pun menghiburkan hati dia. Bermodalkan koleksi cerita-cerita binatang yang aku ada, aku pun gembirakan hati dia...heheh=)

Tepat jam 12.30 malam, Abg. Mizi pun sampai di tangga besar. Aku melompat kegembiraan(ni aku tambah, saje nak sedapkan cerite..hhehe). Kami pun menaiki kereta wira beliau. Dengan sepantas kilat, kami pun meninggalkan UIAM untuk menuju ke destinasi kami. Beliau telah melalui jalan yang aku tidak pernah tahu sebelum ini. Memang satu perjalanan yang betul2 meninggalkan memori. Beliau telah melalui Ulu Yam untuk ke Seri Manjung, satu perjalanan yang gelap tapi seronok. Perjalanan yang jauh membuatkan aku terlelap bersama kesunyian malam. Tepat jam 2.30 pagi kami memasuki lebuhraya. Dalam perjalanan, satu lagi halangan melanda. Satu kemalangan telah berlaku, sebuah lori telah terbalik dan menghalang jalan. Agak lama kami tersekat di situ. Dalam pukul 3 lebih perjalanan mulai pulih apabila lori tersebut telah berjaya dialihkan. Lega rasanya. Kami sampai di Seri Manjung lebih kurang pukuln 4 pagi. Sampainya di sana, tempat itu telah sunyi. Tanpa membuang masa, kami pun menuju ke bilik masing2 untuk berehat setelah berjam2 di atas jalanraya. Hari pertama sudah menguji kami dengan pelbagai halangan tapi meninggalkan kenangan. Sini sahaja catatan perjalanan ku untuk hari pertama. Jumpa lagi di catatan yang lain.=)

Thursday, April 10, 2008

One Memorable Journey..From UIAM to Seri Manjung (Part II)

5th April 2008

Akhirnya, bermula lah program tersebut. Sebenarnya program tersebut sudah bermula pada petang 4 April tersebut, cuma nak dipendekkan cerita..hehe...Berlangsung di Teluk Batik Beach Resort. Kalau nak diikutkan, tempat tersebut masih lagi baru. Ini disebabkan, waktu aku 1st year, tempat tersebut masih dalam pembinaan. Program tersebut bertujuan untuk memotivasikan para pelajar yang mendapat biasiswa, FYI, perbelanjaan untuk program tersebut sebenarnya daripada duit biasiswa yang mereka dapat. Menurut pihak sekolah, lebih baik duit itu digunakan untuk perkara yang berfaedah. Betul juga apa yang diperkatakan. Budak sekolah kan, dapat duit yang banyak dalam tangan, mesti nak belanja. Kalau yang merokok, sudah semestinya nak beli stok rokok, kalau yang gila telefon, mesti nak beli telefon yang lebih canggih. FYI lagi, mereka semua ni ada yang dari keluarga yang berada. Menurut salah seorang ahli kumpulan aku, dia nak beli motor dgn duit biasiswa, bayangkan, aku dulu pun dapat biasiswa, buat beli cd game je..hehehe. Eniway, prog tersebut berakhir pada tengahari 5 April 2008.


Selesai prog tersebut, kami pun balik ke "singgahsana" indah kami. Kami mengambil peluang untuk berehat pada petang tersebut. Ini kerana aku dan MyLove nak balik UIA malam nye, kenala rehat kan. Tepat jam 5.30 petang kami mengambil peluang untuk berjalan di Teluk Batik. Sambil melihat fenomena matahari terbenam di tepi pantai, sungguh indah=)...selepas itu kami terus ke pangkalan TUDM untuk bermain bowling, FYI kat situ je ade tempat main boling..huahua..selepas itu kami pun balik.


Begitulah alkisahnya perjalanan ku ke Seri Manjung, satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup meninggalkan kenangan yang cukup indah. Bak kata orang, pengalaman menjadikan seseorang itu matang..kan?...wassalam