Pages

Monday, September 28, 2009

Mihun Sup Kicap Pedas

Salam buat semua. Sungguh pedas mihun sup yang ku makan ini. Pedas. Namun cukup menghilangkan lapar di kala tengahari yang damai ini. Tekak aku tidak larat untuk mengunyah nasi pada tengahari ini. Mungkin kerana kesan bulan Ramadhan masih lagi kuat pada diriku. Atau mungkin aku masih kenyang sarapan pada pagi tadi. Yang penting, aku sudah mengisi nutrisi yang cukup untuk badan aku. Yang penting perut ini terisi dan tidak dibiarkan terseksa dan membiarkan ia merayu-rayu minta diisi. =)
Di atas meja yang berkedudukan di tengah-tengah kafeteria HS ini, aku merajinkan tangan aku menaip seberapa banyak bait untuk entri kali ini. Sekarang ini aku sedang bersendirian, menggunakan komputer riba milik CINTA HATI aku..hehe..harta sepencarian ni...hahaha...apa yang aku merepek ni?..hmm...berputar otak aku bergerak memikirkan apa yang hendak ditulis. Mungkin aku boleh menulis tentang makcik 'cleaner' yang sedang sibuk mengemas pinggan-pinggan yang dibiarkan oleh para pelajar yang baru selesai makan tengah hari. Sungguh bersungguh makcik ini bekerja, bertungkus-lumus untuk mencari rezeki. Bila difikir balik, banya peluang pekerjaan di Malaysia ni, tetapi hendak melihat anak-anak Malaysia memenuhi lompong kekosongan kerja itu, susah hendak ditemui. Rata-rata yang mengisi ruang pekerjaan di Malaysia ini, rakyat asing. Ambil contoh terdekat, Makcik 'cleaner' di hadapanku ini. Sedang menjamu selera sesudah selesai menyiapkan kerja-kerja beliau. Kenapa keadaan ini mesti berlaku di Malaysia? Rakyat kita ramai, tetapi, rakyat asing juga yang diambil bekerja. Anak-anak Malaysia? Nun di tengah jalan, me'rempit' sini sana, nun jauh di lorong-lorong kotor, menghisap ganja, dadah serta bermacam lagi ubatan 'asyik'. Mana anak-anak Malaysia?di Tanah Air yang sudah 52 tahun mencapai kemerdekaan?Mana mereka? Kenapa mesti diabaikan anak-anak sendiri, ibrarat pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Begitulah boleh diibaratkan Malaysia. Apa salahnya rakyat Malaysia diambil untuk menjadi buruh binaan?Apa salahnya tukang sapu atau tukang kebun di kalangan rakyat Malaysia? Satu fenomena yang harus kita fikirkan bersama. Tanah air sendiri, tetapi bukan kita yang membangunkan negara, orang luar yang membangunkan negara kita. Aku tinggalkan persoalan ini untuk kalian membuat penilaian.
Suasana makin lengang di kafeteria HS ini. Ramai sudah berkejaran untuk ke kelas. Aku masih sibuk melayari laman sesawang ini untuk menyiapkan tugasanku. Lega petang ini kelas aku tiada. Boleh lah aku meluangkan masa menyiapkan tugasan serta 'update' blog aku. Penat, tetapi perjuangan harus diteruskan. Ku terus hanyut dalam kesibukan ini. Wassalam.

Saturday, September 26, 2009

Nasi Lemak Sambal Sotong

Salam buat semua. Entah kenapa nama makanan menjadi pilihanku untuk menghiasi tajuk entri aku kali ini. Mungkin 'mood' aidilfitri masih lagi bersemangat dalam diriku untuk ku titipkan menjadi nukilan entri aku. Hmm..sudah seminggu kita menyambut aidilfitri, ku harapkan semoga aidilfitri kali ini membawa seribu erti buat kalian. Aku? padaku aidifitri kali tambah istimewa tatkala aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama serta guru kelasku ketika di bangku sekolah rendah, Pn. Siti Rodziah. Alangkah gembiranya hatiku tatkala dapat berjumpa beliau dan bertanya khabar akan dirinya. Walaupun kulihat dia semakin kurus, mungkin dek kesibukan menjaga anak-anak atau mungkin kesibukan mendidik anak bangsa membuat beliau agak susut. Namun, beliau langsung tidak menampakkan kesuraman atau kemuraman, beliau tambah ceria dengan kehadiran kami, anak-anak didik beliau. Gembira. Dapat berjumpa dengan kami. Sangat besar jasa beliau. Beliau lah yang pertama mendidik kami dari awal. Kalau tidak kerana jasa beliau, masakan kami boleh berjaya seperti sekarang. Kerana didikan dari awal beliau telah membuka jalan pada kami untuk membina diri masing-masing.


Setiba di rumah beliau, jam baru menunjukkan jam 5.00 petang. Saat kami memberi salam, beliau terus menyambut kami dengan senyuman yang pernah beliau ukirkan ketika menjadi guru kelas kami. Sangat manis & ikhlas. Nasi lemak sambal sotong merupakan santapan yang disediakan oleh cikgu. Pedas tetapi kepedasan itu dapat dilupakan dek keramahan cikgu melayan kami. Walaupun sudah lebih 10 tahun tidak bersua, namun cikgu tidak pernah melayan kami seperti orang asing. Malahan beliau melayan kami sepertimana kami 10 tahun lalu semasa beliau menjadi guru kelas kami. Walaupun gembira berjumpa, sedih tetap menyelubungi kerana tidak semua rakan sekelas kami hadir. Semua sudah berkerjaya. Aku terbayang, bila lagi dapat kami berjumpa lagi, kerana sekiranya kami semua sudah sibuk, mana mungkin akan ada masa kami untuk bertemu lagi. Namun aku berdoa, semoga cikgu sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki...Amiin..Wassalam.

Friday, September 25, 2009

Nasi Himpit Berkuahkan Lontong

Salam buat semua. Sudah hampir sebulan blog ini tidak digarapkan dengan nukilan-nukilan hatiku yang sedia maklum sentimental. Hehe. Bukan memuji diri, tetapi sekadar jenaka buat si pembaca bisa tersenyum. Senyum itu kan sedekah. Tidak begitu?;-)...Kekadang diri ini amat culas untuk mengarang entri untuk blog ini, bukannya bosan, tetapi idea-idea tidak bisa timbul untuk kugarapkan menjadi sebuah entri yang mampu memberi sesuatu ke si pembaca. Bukan sekadar bahan picisan yang tidak memberi apa-apa kepada orang yang membaca. Mengapa agak puitis kata-kataku kali ini? Mungkin kerana baru sahaja selesai menghabiskan novel karya terbaru Faisal Tehrani berjudul 'Maaf Dari Sorga'. Aku amat menggemari karya-karya Faisal Tehrani, setiap karya beliau pasti ada mesej-mesej yang berguna kepada pembacanya, serupa lah halnya dengan 'Maaf Dari Sorga' ini. Jika sekali imbas, bisa kita mengatakan karya beliau kali ini agak tahyul dan khayalan semata. Tetapi kira kita telusuri setiap bait tulisan beliau, sebenarnya novel ini bukan tahyul mahupun khayalan. Malahan, ia bisa menyedarkan kita akan kesalahan serta dosa yang kita seringkali lakukan di dalam dunia ini. Tulisan beliau mempunyai elemen-elemen satira yang begitu tajam sekali. Ingin sekali ku sarankan kepada sahabat2 sekalian untuk membaca karya Faisal Tehrani ini. Jamin kalian bisa terpegun dengan karya ini=)
Apa kaitan nasi himpit dengan entri ini? Jawapannya mudah, sekarang kita berada dalam bulan Syawal, nasi himpit amat molek benar dan secocok dengan Syawal. Lontong? Baru-baru ini, pada raya pertama, aku menikmati santapan nasi himpit berkuahkan lontong. Amat asyik sekali rasanya, bak kata 'tagline' KFC..sehingga menjilat jari...tetapi aki tidaklah sampai begitu sekali..amat buruk lakunya..hehe. Apa kaitan? Sekadar menjadi penyedap dan mukadimah entri aku..hehe. Lidah aku sudah semakin sebati dengan masakan Jawa. Mungkin jodoh aku pun dengan seseorang yang ada darah Jawa.;-) Syawal kali ini amat bermakna bagiku. Mengapa? mungkin kerana hati aku telah ditemani oleh hati yang istimewa untuk tahun kedua Syawal aku. Hati aku sentiasa gembira kerana tidak lagi sunyi menyambut Syawal. Hatiku sentiasa setia ditemani hati yang istimewa itu. Kuharapkan agar hati itu akan terus setia menemani hati ku sampai bila-bila...aminnn=).
Karya yang ringkas bisa kutitipkan kali ini. Ringkas namun cukup meluahkan apa yang terkandung dalam lubuk hati ini. Apa aku nak buat selepas ini? Ingin meluangkan masa menelusuri karya terbaru Faisal Tehrani..'Ketupat Cinta'...Salam Aidilfitri...Wassalam.=)