Pages

Monday, September 28, 2009

Mihun Sup Kicap Pedas

Salam buat semua. Sungguh pedas mihun sup yang ku makan ini. Pedas. Namun cukup menghilangkan lapar di kala tengahari yang damai ini. Tekak aku tidak larat untuk mengunyah nasi pada tengahari ini. Mungkin kerana kesan bulan Ramadhan masih lagi kuat pada diriku. Atau mungkin aku masih kenyang sarapan pada pagi tadi. Yang penting, aku sudah mengisi nutrisi yang cukup untuk badan aku. Yang penting perut ini terisi dan tidak dibiarkan terseksa dan membiarkan ia merayu-rayu minta diisi. =)
Di atas meja yang berkedudukan di tengah-tengah kafeteria HS ini, aku merajinkan tangan aku menaip seberapa banyak bait untuk entri kali ini. Sekarang ini aku sedang bersendirian, menggunakan komputer riba milik CINTA HATI aku..hehe..harta sepencarian ni...hahaha...apa yang aku merepek ni?..hmm...berputar otak aku bergerak memikirkan apa yang hendak ditulis. Mungkin aku boleh menulis tentang makcik 'cleaner' yang sedang sibuk mengemas pinggan-pinggan yang dibiarkan oleh para pelajar yang baru selesai makan tengah hari. Sungguh bersungguh makcik ini bekerja, bertungkus-lumus untuk mencari rezeki. Bila difikir balik, banya peluang pekerjaan di Malaysia ni, tetapi hendak melihat anak-anak Malaysia memenuhi lompong kekosongan kerja itu, susah hendak ditemui. Rata-rata yang mengisi ruang pekerjaan di Malaysia ini, rakyat asing. Ambil contoh terdekat, Makcik 'cleaner' di hadapanku ini. Sedang menjamu selera sesudah selesai menyiapkan kerja-kerja beliau. Kenapa keadaan ini mesti berlaku di Malaysia? Rakyat kita ramai, tetapi, rakyat asing juga yang diambil bekerja. Anak-anak Malaysia? Nun di tengah jalan, me'rempit' sini sana, nun jauh di lorong-lorong kotor, menghisap ganja, dadah serta bermacam lagi ubatan 'asyik'. Mana anak-anak Malaysia?di Tanah Air yang sudah 52 tahun mencapai kemerdekaan?Mana mereka? Kenapa mesti diabaikan anak-anak sendiri, ibrarat pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Begitulah boleh diibaratkan Malaysia. Apa salahnya rakyat Malaysia diambil untuk menjadi buruh binaan?Apa salahnya tukang sapu atau tukang kebun di kalangan rakyat Malaysia? Satu fenomena yang harus kita fikirkan bersama. Tanah air sendiri, tetapi bukan kita yang membangunkan negara, orang luar yang membangunkan negara kita. Aku tinggalkan persoalan ini untuk kalian membuat penilaian.
Suasana makin lengang di kafeteria HS ini. Ramai sudah berkejaran untuk ke kelas. Aku masih sibuk melayari laman sesawang ini untuk menyiapkan tugasanku. Lega petang ini kelas aku tiada. Boleh lah aku meluangkan masa menyiapkan tugasan serta 'update' blog aku. Penat, tetapi perjuangan harus diteruskan. Ku terus hanyut dalam kesibukan ini. Wassalam.