Pages

Thursday, May 7, 2009

Dari Mata Jatuh ke Hati

Salam buat semua, entri kali ini bukan jiwang, tetapi sekadar ekspresi yang diluahkan secara puitis(hehehe). Apa yang dimaksudkan dengan tajuk entri kali ini adalah mengenai keadaan yang aku lihat secara dekat dan aku sendiri berada di dalam situasi tersebut, pendek kata, masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat khususnya, Melayu. Hal ini berlaku ketika aku sekarang bergelar seorang guru tuisyen sambilan bertujuan untuk mengisi masa lapang, mencari duit tambahan untuk smabung belajar dan juga untuk mengasah 'skill' masuk dalam masyarakat. Boleh dikatakan aku sangat teruja dan gembira bila diberi peluang dan Allah telah mengurniakan aku semangat serta keterujaan untuk membantu adik-adik ini.

Dipendekkan cerita, aku telah ditugaskan untuk mengendalikan satu sesi yang dipanggil 'brainwash' untuk adik-adik tingkatan 5. Aku telah difahamkan oleh staff tempat aku bekerja ini, rata-rata adik-adik tingkatan 5 ini mempunyai masalah sosial yang teruk, sebagai contoh paling mudah, 'coupling'. Tidak dinafikan manusia mempunyai naluri untuk dicintai dan mencintai ataupun menyayangi serta disayangi. Cuma pembawakan itu perlulah benar-benar ikhlas dan jujur. Yang paling penting tanggungjawab. Berbalik kepada cerita aku tadi, adik-adik tingkatan 5 ini yang 'coupling' ini berlebih-lebihan dalam pergaulan mereka. Adakala, bila pasangan mereka merajuk, sampai ke tempat tusyen mereka bawa masalah itu. Kadang-kadang, yang perempuan merajuk, lari ke makmal komputer dan si lelaki berkejar untuk memujuk pasangan mereka. Bila aku mendengar cerita-cerita yang kurang enak ini, aku merancang untuk membuat 'sharing moment' dengan adik-adik ini. Aku ingin mendengar masalah mereka serta berkongsi cerita dengan mereka. Ketika sesi inilah aku agak tersentuh.

Ketika aku mengendalikan sesi ini, aku dapat lihat adik-adik ini, penampilan mereka, pergaulan mereka, yang lelaki dengan memakai rantai, yang perempuan dengan pakaian yang tidak menutup aurat dan pelbagai fesyen yang diadaptasi dari Barat. Ketika aku mengendalikan sesi ini, apa yang buat aku tersentuh adalah, adik-adik ini sebenarnya ada matlamat, mahu membina diri mereka, potensi ada dalam diri mereka, cuma yang penting, panduan dan bimbingan perlu diberikan kepada mereka. Ada dikalangan adik-adik ini bila aku nyatakan kepada mereka akan pentingnya ilmu supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna, ada yang tekun mendengar dan yang paling penting mereka meluahkan setiap masalah mereka. Dari situ, aku belajar sesuatu, adik-adik ini perlu bimbingan yang betul, kerana mereka masih muda dan sekiranya mereka ini tidak dibimbing dengan betul, sia-sialah generasi muda pemangkin negara ini. Yang paling buat aku tersentuh, selesai sahaja sesi tersebut, adik-adik ini mengucapkan terima kasih kepadaku dan katakan kepadaku mereka akan belajar dengan sungguh-sungguh. Aku cuma lakukan apa yang aku termampu, selebihnya adalah diri mereka sendiri. Aku doakan supaya adik-adik ini memilih jalan yang betul untuk destinasi hidup mereka. Amiin.

0 comments: