Pages

Saturday, March 15, 2008

Malaysia: From My Perspective

Aku memandang KLCC, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai lagi mercu tanda yang dibanggakan rakyat negara ini. Aku memandang semua itu dan aku berfikir, "sudahkah kita layak untuk menjadikan negara ini negara maju?"; "adakah dengan memiliki mercu tanda itu sudah membuatkan kita layak untuk menggelar diri kita rakyat dalam negara yang maju?". Aku berfikir dan terus berfikir.

Apakah yang dimaksudkan dengan maju itu? Mempunyai bangunan tinggi itu maju? Mempunyai litar lumba F1 itu maju? Mempunyai kilang arak terbesar di Asia itu maju? Atau mempunyai bilangan masalah sosial dan rasuah itu maju?

Kita mungkin boleh berbangga dengan kemajuan yang kita capai secara material, tetapi kita masih lagi mundur dan lesu dari segi kemajuan rohani dan jatidiri kita. Bagaimana dengan anak-anak bangsa kita yang bangga dengan budaya yang datang dari luar, dengan gaya 'punk', 'skinhead' sanggup melemparkan budaya murni masyarakat timur dan sanggup bertopengkan budaya barat yang langsung lari dari norma kehidupan kita di Malaysia. Kita menganggap perkara ini sesuatu yang remeh. Tetapi tanpa kita sedari, kerana perkara remeh inilah, rakyat kita akan tumbang, langsung membawa bersama negara jatuh terus ke lembah kehancuran.

Kita terlalu mementingkan kebendaan, pemikiran rakyat Malaysia lebih menjurus ke arah kebendaan. Pemikiran yang tidak terbuka, tertutup rapat dek kerana sistem pendidikan kita yang lebih mementingkan 'output' ke atas kertas jawapan peperiksaan tanpa memberikan 'input' untuk anak-anak kita berfikir mengenai realiti dunia mereka. Terus mereka alpa dengan salah dan benar, yang penting bagi mereka adalah, mereka ingin 'enjoy', 'muda hanya sekali', itulah motto dan slogan yang sering diomokkan.

Lantas, bagaimana kita harus berbangga dengan kemajuan yang kita capai? Jikalau kemajuan itu hanya menguntungkan negara tetapi tidak ke atas rakyat. Fikir-fikirkan.

2 comments:

wady awagy said...

wahai rakyat jelata sekalian, dengarlah dan renungkanlah kata-kata bakal yb kita ni, dan jangan lupa pandang menara klcc seolah-olah beliau memandang, beliau memandang dengan mata hati jauhari, satu kemampuan yang hanya diberi kepada orang2 tertentu sahaja. sebagai PA nya akan datang, saya menyeru rakyat jelata semua dengan hanya tiga perkataan 'izzilah y.b kami'

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.