Pages

Friday, June 6, 2008

Sesekali Termenung Jauh...


Sesekali Termenung Jauh,
Fikiranku Melayang Memikirkan Sesuatu,
Kadang-kadang ia Melangkau Batasan Waktu,
Hingga Membuatku Menjadi Buntu,
Tapi Aku Tahu Ia Memberiku Sesuatu,

Sesekali Termenung Jauh,
Aku Memikirkan Masa Depanku,
Apakah Yang Akan Terjadi Padaku,
Adakah Aku Akan Membuat Sesuatu,
Ataupun Semata-mata Duduk Membatu,

Sesekali Termenung Jauh,
Aku Memikirkan Nasib Umatku,
Yang Terus Dipukul Dipalu,
Hingga Membuatku Sedih Dan Terkedu,
Hingga Merentap Semangatku,

Sesekali Termenung Jauh,
Aku Memikirkan Tuhanku,
Yang Mencipta Segala Sesuatu,
Tanpa Sempadan Waktu,
Ku Syukuri Nikmat Yang Dia Kurnia Kepada Ku,

Sesekali Termenung Jauh,
Ku Rasakan Singkat Hidupku,
Hinggap Ketakutan Melanda Diriku,
Kerana Dosa-dosa Yang Terus Menghantui Diriku,
Seakan-akan Tidak Mahu Lenyap Dari Diriku,

Sesekali Termenung Jauh,
Sesungguhnya Allah Itu Maha Pengasih,
Kasihnya Tiada Memilih,
Asalkan Kepada-Nya Kita Merintih,
Asalkan Kasih-Nya Kita Menagih,

Sesekali Termenung Jauh.

Izzi
6 Jun 2008
6.22 p.m.
UIAM



4 comments:

wady awagy said...

sempat jugak ko ni termenung yer. selalu aku tengok kalo tak balas mesej yang datang dari r*** tentu ko berzikir dan bertasbih. ni apekehal pulak termenung orang jauh ni..

p said...

cantik sungguh latar belakang gamabar anda! anda guna photoshop ke?

Izzi said...

tak pkai ape2..gambar tangkap kat teluk batik aritu

p said...

maknanye ada berbog*l?