Pages

Monday, June 23, 2008

EURO 2008: Portugal Out! Croatia Out! Holland Out!...Sepanyol mangsa seterusnya?

Aku tengah menghadap tv sekarang ni. Menunggu match antara Sepanyol dan Itali. Sudah 3 malam aku menyaksikan perlawanan suku akhir Euro 2008 dan dalam ketiga-tiga malam itu juga aku menyaksikan ketiga-tiga pasukan favourite tersungkur, dimulai dengan Portugal, kemudian Croatia dan diikuti dengan pasukan yang aku sangkakan akan menang kejohanan kali ini, iaitu Holland a.k.a. Belanda. Emm..kecewa


Perlawanan pertama suku akhir adalah antara Portugal dan Jerman. Keseluruhan perlawanan ini memang menarik. Kedua-dua pasukan sering menyerang dan mencari ruang untuk menjaringkan gol. Gol pertama dihasilkan oleh Jerman hasil dari gerakan menarik Lukas Podolski yang seterusnya membuat hantaran lintang untuk membuka ruang kepada Shwansteiger untuk mnjaringkan gol. Kemudian Portugal mula membuat gerakan untuk menyerang tetapi gagal menembusi gawang Jerman yang dikawal Jens Lehmann. Akhirnya gol kedua Jerman hadir hasil daripada sepakan percuma yang cantik dan ditanduk masuk oleh Miroslav Klose. Tersentak dengan gol kedua Jerman, Portugal mula menyerang, hasil daripada gerakan Ronaldo dan kesilapan pertahanan, akhirnya Nuno Gomez berjaya menjaringkan gol untuk Portugal sebagai pembakar semangat untuk separuh masa kedua. Dipendekkan cerita, gol ketiga Jerman juga hasil daripada sepakan percuma dan kali ini Ballack berjaya menanduk masuk gol ketiga Jerman yang meranapkan harapan Portugal untuk ke separuh akhir. Di minit-minit akhir perlawanan, hasil gandingan dua pemain gantian, Nani dan Postiga, berjaya menjaringkan gol kedua Portugal, namun sudah terlambat. Jerman berjaya mara ke separuh akhir menewaskan Portugal.



Perlawanan suku akhir kedua antara Croatia dan Turki memang satu perlawanan yang sangat 'hampeh' bagi aku. Gaya permainan yang perlahan dan jarang sekali membuat gerakan yang merbahaya. Akhirnya, perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Ketika masa tambahan inilah, satu saat yang paling 'hampeh' terjadi dan mengundang mulutku untuk menuturkan kata-kata yang tidak akan dijumpai di dalam mana-mana kamus. Croatia berjaya menjaringkan gol yang akan membawa mereka ke separuh akhir, tetapi, akibat hilang fokus dan kesilapan pertahanan, Turki berjaya menjaringkan gol penyamaan. Akhirnya perlawanan dilanjutkan melalui penentuan penalti. Sekali lagi perkara 'hampeh' terjadi, Croatia hanya berjaya menjaringkan 1 gol, 2 tersasar, manakala Turki berjaya menjaringkan ketiga-tiga penalti yang membawa mereka ke separuh akhir dan melenyapkan impian Croatia.



Perlawanan suku akhir ketiga adalah yang paling mengecewakan aku. Ini kerana, pasukan yang aku jangkakan akan memenangi kejohanan kali ini, iaitu Belanda a.k.a. Holland tewas kepada Rusia. Memang mengecewakan. Belanda yang hadir selaku pasukan yang paling banyak menjaringkan gol, serta berjaya menewaskan kedua-dua finalis Piala Dunia dan satu-satunya pasukan yang memikat dengan gaya permainan yang laju, longlai pada peringkat ini. Belanda gagal mempamerkan permainan mereka, sebaliknya Rusia berjaya menguasai permainan. Rusia berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Pavlechenko. Di minit-minit akhir, Nistelrooy berjaya menanduk masuk gol penyamaan yang menghidupkan kembali saingan mereka. Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, pada kali ini Rusia lebih menyengat, dan rahsianya adalah 'maestro' mereka, Andrei Arshavin. Memang 'superb'!. Dia berjaya mencipta peluang untuk gol kedua Rusia dan menjaringkan gol ketiga dan kemenangan Rusia.


Dan pagi ini aku terus menunggu perlawanan suku akhir keempat sambil mengharapkan tiada lagi drama. Tetapi, ibarat pepatah yang aku cipta, "Football is Cruel". Barisan bintang yang banyak serta rekod yang baik tidak menjanjikan kemenangan, sebaliknya semangat, taktik yang baik serta tidak mudah mengalah adalah kuncinya. Adakah Sepanyol akan menjadi mangsa seterusnya? Hadir sebagai johan kumpulan seperti ketiga-tiga pasukan 'favourite' yang tewas pada suku akhir menentang Itali yang hampir tersingkir awal dan bergelut untuk layak ke suku akhir. Aku tidak mahu membuat 'prediction' lagi cuma mengharapkan satu perlawanan yang menarik sebentar lagi. Apa sahaja keputusan, itu adat perlawanan, seperti yang aku katakan, "Football is Cruel".

2 comments:

iftin nasuha said...

ternyata sangkaan anda meleset kerana dengan megahnya sepanyol menag selaku juara EURO 2008 setelah lebih 40 tahun tidak menyandang gelaran tersebut. tahniah kepada sepanyol!! dan..rajinnya tunggu siaran suku akhir..tak tido ek...;-)

deyanah said...

pernah terdengar orang kata bola sepak itself itu haram.. tul ker?