Pages
Mistik, Itulah Phoenix. Sesuatu Yang Luar Biasa, Tidak Dapat Digapai Dengan Akal Fikiran Kita. Satu Manifestasi Jiwa Yang Inginkan Kebebasan. Satu Luahan Rasa Yang Ikhlas Dan Jujur.
Monday, September 28, 2009
Mihun Sup Kicap Pedas
Saturday, September 26, 2009
Nasi Lemak Sambal Sotong
Friday, September 25, 2009
Nasi Himpit Berkuahkan Lontong
Sunday, June 28, 2009
Selamat Berjuang Adik-adikku
Saturday, June 27, 2009
Seketika Itu...
Friday, June 5, 2009
Thursday, June 4, 2009
Bila aku membawa 'SEMANGAT AKHI' to the 'NEXT LEVEL'
Manisnya perkara yang kita buat apabila kita suka dengan apa yang kita buat, serta ikhlas dengan apa yang kita buat. Mungkin itulah yang dirasai diriku apabila aku memberi sumbangan aku kepada adik-adik aku ini. Gambar-gambar yang aku paparkan adalah aktiviti-aktiviti yang aku jalankan sepanjang cuti semester aku kali ini. Cuti semester aku kali ini menjadi lebih bermakna apabila aku masuk ke setiap sekolah di daerah Sitiawan dan menyampaikan serta berkongsi sedikt ilmu untuk adik-adik ini. Yang lebih menyeronokkan ialah apabila aku membawa bersama semangat AKHI yang aku pelajari sepanjang aku di UIA. Aku bawa bersama-sama lawak gila-gila serta macam-macam lagi. Adik-adik ini aku anggap macam adik-adik aku sendiri. Tiada jurang antara mereka dan aku. Walaupun ini bukan mentoring, tetapi aku tidak terlalu formal, menyampaikan secara bersahaja supaya adik-adik ini dapat apa yang ingin aku sampaikan. Yang penting aku dah bawa semangat AKHI yang tidak pernah pudar dalam diri ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Lihatlah bagaimana adik-adik ini berebut-rebut nak autograf, macam artis pula rasanya.hehehe.Tetapi, yang penting aku belajar banyak perkara, untuk membentuk diri ini menjadi seseorang yang boleh berbakti kepada masyarakat. Mungkin menjadi seorang wakil rakyat, siapa tahu, kan?hehehe. Wassalam.
Wednesday, May 20, 2009
Seri Manjung 3:45am
Wednesday, May 13, 2009
Ketulusan Hati-OST Aqso & Madina
Ya Allah
Di Dunia Yang Sarat Godaan
Berikan Mereka Harapan
Sesi kedua pula telah dijalankan pada sebelah petang dan khusus untuk adik-adik tingkatan 1 & 2. Fokus yang ditekankan pada sesi kali ini adalah mengenai matlamat hidup, membina keyakinan diri serta menyatakan kepada mereka yang kejayaan itu akan datang dari kegagalan dan kegigihan. Sebenarnya, kita perlu menghadapi kegagalan sebelum kita boleh memperoleh kejayaan, kerana dari kegagalan itu buatkan kita bangkit serta berusaha memperbaiki diri. Aku ingin berikan satu kisah mengenai seorang tua yang bangkit daripada kegagalan dan kini telah membentuk legasinya sendiri. Kisah ini mengenai seorang pesara tentera yang tidak mahu bergantung kepada wang pencennya. Lalu beliau telah mencipta satu resipi ayam dan dijaja ke kedai-kedai. Tetapi, dari kesemua kedai yang beliau pergi, satu pun tidak berminat dengan resipi ayam yang dicipta itu. Pada mereka, resipi itu semua boleh buat. Tetapi orang tua ini tidak putus asa, beliau terus mencuba untuk menjaja reipi ayam beliau, akhirnya pada kedai yang ke 1000, resipi ayam beliau telah diterima, dan kini resipi itu telah terkenal ke seluruh dunia. Itulah legasi yang telah dibawa oleh Colonel Sanders, pengasas KFC. Itulah contoh orang yang tidak pernah putus asa dengan kegagalan, dan hasilnya, resipi beliau telah berjaya memikat seantero dunia. Jadi, bagaimana seorang tua boleh mempunyai semangat yang begitu tinggi, inikan kita generasi muda yang masih mempunyai semangat yang kental, sudah seharusnya, lebih lagi. Sesi kali ini, diakhiri dengan LDK 'Menara Impian'. Mereka dikehendaki untuk membina menara menggunakan straw, suratkhabar dan soletep. Objektifnya adalah untuk memupuk sikap untuk berjaya walau apa pun cabaran yang mendatang.
Tuesday, May 12, 2009
Thursday, May 7, 2009
Dari Mata Jatuh ke Hati
Dipendekkan cerita, aku telah ditugaskan untuk mengendalikan satu sesi yang dipanggil 'brainwash' untuk adik-adik tingkatan 5. Aku telah difahamkan oleh staff tempat aku bekerja ini, rata-rata adik-adik tingkatan 5 ini mempunyai masalah sosial yang teruk, sebagai contoh paling mudah, 'coupling'. Tidak dinafikan manusia mempunyai naluri untuk dicintai dan mencintai ataupun menyayangi serta disayangi. Cuma pembawakan itu perlulah benar-benar ikhlas dan jujur. Yang paling penting tanggungjawab. Berbalik kepada cerita aku tadi, adik-adik tingkatan 5 ini yang 'coupling' ini berlebih-lebihan dalam pergaulan mereka. Adakala, bila pasangan mereka merajuk, sampai ke tempat tusyen mereka bawa masalah itu. Kadang-kadang, yang perempuan merajuk, lari ke makmal komputer dan si lelaki berkejar untuk memujuk pasangan mereka. Bila aku mendengar cerita-cerita yang kurang enak ini, aku merancang untuk membuat 'sharing moment' dengan adik-adik ini. Aku ingin mendengar masalah mereka serta berkongsi cerita dengan mereka. Ketika sesi inilah aku agak tersentuh.
Ketika aku mengendalikan sesi ini, aku dapat lihat adik-adik ini, penampilan mereka, pergaulan mereka, yang lelaki dengan memakai rantai, yang perempuan dengan pakaian yang tidak menutup aurat dan pelbagai fesyen yang diadaptasi dari Barat. Ketika aku mengendalikan sesi ini, apa yang buat aku tersentuh adalah, adik-adik ini sebenarnya ada matlamat, mahu membina diri mereka, potensi ada dalam diri mereka, cuma yang penting, panduan dan bimbingan perlu diberikan kepada mereka. Ada dikalangan adik-adik ini bila aku nyatakan kepada mereka akan pentingnya ilmu supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna, ada yang tekun mendengar dan yang paling penting mereka meluahkan setiap masalah mereka. Dari situ, aku belajar sesuatu, adik-adik ini perlu bimbingan yang betul, kerana mereka masih muda dan sekiranya mereka ini tidak dibimbing dengan betul, sia-sialah generasi muda pemangkin negara ini. Yang paling buat aku tersentuh, selesai sahaja sesi tersebut, adik-adik ini mengucapkan terima kasih kepadaku dan katakan kepadaku mereka akan belajar dengan sungguh-sungguh. Aku cuma lakukan apa yang aku termampu, selebihnya adalah diri mereka sendiri. Aku doakan supaya adik-adik ini memilih jalan yang betul untuk destinasi hidup mereka. Amiin.
Wednesday, May 6, 2009
Glory..Glory United!!
Wednesday, April 29, 2009
Kembara Jiwa & Perspektif
Perjalananku bermula ke Kuala Sepetang, tujuannya sekadar mahu melihat kesan dari PRK yang lalu. Yela, sengaja mahu melihat tempat bersejarah di mana dengan keadaan polititk Perak yang masih lagi dalam kebingungan, kita melihat bagaimana rakyat telah meluahkan rasa hati mereka pada PRK yang lalu. Agak ironi di situ, mereka sanggup membawa ramai pemimpin yang boleh dikatakan 'hardcore' untuk memancing undi rakyat, tetapi, rakyat telah menunjukkan perasaan sebenar mereka. Itulah politik, terlalu banyak gelombangnya.
Lupakan isu politik-politik ni, perjalananku diteruskan pula ke Taiping, bandar Taiping yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Ibu Negeri Perak, memang makin membangun. Tambahan pula Taiping ini terkenal dengan Taman Tasiknya, kebetulan ketika lalu di situ, terdapat festival yang sedang berlangsung. Seperti sedia maklum, Taiping adalah kawasan tadahan hujan yang paling tinggi kerana terdapatnya kawasan bukit di situ. Ketika singgah di Bandar Taiping, aku terkesima dengan apa yang aku lihat. Ingin sekali aku memetik artikel dalam Perlembagaan Negara dan juga kata-kata 'lecturer' aku, dalam Perlembagaan Negara, seseorang Melayu itu adalah yang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, tetapi, apa yang aku saksikan ketika itu, sekumpulan remaja Melayu, dengan fesyen yang pelbagai, berambut perang, bersubang, bertindik di bibir dan macam-macam lagi gaya yang tidak menyerupai seorang Melayu. Aku berfikir sejenak, kita, khususnya bangsa Melayu selalu membangkitkan isu kebangsaan, hak-hak Melayu, tetapi, kita sendiri, tidak menepati ciri-ciri seorang Melayu, jadi, layakkah kita untuk menuntut hak-hak orang Melayu sedangkan ada anatara kita tidak menepati ciri-ciri tersebut? Ini bukan untuk menimbulkan kontroveri atau provokasi, tetapi sekadar mengajak kita semua untuk berfikir sejenak.
Lokasi terakhir adalah Pasar Minggu Changkat Jering, di sini perspektif aku beralih dari keji dan benci kepada bangga dan syukur. Di sini majoriti yang berniaga adalah kaum Bumiputera dan yang paling buat aku bangga adalah terdapat anak kecil yang membantu keluarga mereka berniaga. Tidak seperti sekumpulan anak remaja yang aku lihat di Bandar Taiping, mereka ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan, mengganggu anak-anak gadis tanpa segan silu, sekurang-kurangnya, anak-anak kecil di Pasar Minggu Changkat Jering ini, mereka ada hala tuju dan makna dalam hidup mereka.
Kesimpulannya, perjalananku pada hari tersebut benar-benar membuka kaca mata aku dan perspektif mengenai realiti kehidupan sosial masyarakat Malaysia kini. Siapa yang patut disalahkan dalam masalah ini? Keluarga?Diri sendiri?Sistem pndidikan?..Sama-sama kita fikirkan..