Pages

Thursday, April 10, 2008

One Memorable Journey..From UIAM to Seri Manjung (Part II)

5th April 2008

Akhirnya, bermula lah program tersebut. Sebenarnya program tersebut sudah bermula pada petang 4 April tersebut, cuma nak dipendekkan cerita..hehe...Berlangsung di Teluk Batik Beach Resort. Kalau nak diikutkan, tempat tersebut masih lagi baru. Ini disebabkan, waktu aku 1st year, tempat tersebut masih dalam pembinaan. Program tersebut bertujuan untuk memotivasikan para pelajar yang mendapat biasiswa, FYI, perbelanjaan untuk program tersebut sebenarnya daripada duit biasiswa yang mereka dapat. Menurut pihak sekolah, lebih baik duit itu digunakan untuk perkara yang berfaedah. Betul juga apa yang diperkatakan. Budak sekolah kan, dapat duit yang banyak dalam tangan, mesti nak belanja. Kalau yang merokok, sudah semestinya nak beli stok rokok, kalau yang gila telefon, mesti nak beli telefon yang lebih canggih. FYI lagi, mereka semua ni ada yang dari keluarga yang berada. Menurut salah seorang ahli kumpulan aku, dia nak beli motor dgn duit biasiswa, bayangkan, aku dulu pun dapat biasiswa, buat beli cd game je..hehehe. Eniway, prog tersebut berakhir pada tengahari 5 April 2008.


Selesai prog tersebut, kami pun balik ke "singgahsana" indah kami. Kami mengambil peluang untuk berehat pada petang tersebut. Ini kerana aku dan MyLove nak balik UIA malam nye, kenala rehat kan. Tepat jam 5.30 petang kami mengambil peluang untuk berjalan di Teluk Batik. Sambil melihat fenomena matahari terbenam di tepi pantai, sungguh indah=)...selepas itu kami terus ke pangkalan TUDM untuk bermain bowling, FYI kat situ je ade tempat main boling..huahua..selepas itu kami pun balik.


Begitulah alkisahnya perjalanan ku ke Seri Manjung, satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup meninggalkan kenangan yang cukup indah. Bak kata orang, pengalaman menjadikan seseorang itu matang..kan?...wassalam








1 comments:

p said...

eh, apasal pulak part 2 ni letak kat bawah? letak la kat paling latest.. citer sket2 sudah.. haha..