Pages

Monday, August 23, 2010

My Life Has Begun

Salam buat semua dan salam Ramadhan buat semua, pejam celik pejam celik, dh 13 hari kita berpuasa, macam mana puasa kita setakat ni? (jgn tinggal puasa tau..hehe). Hari ni aku rasa nk berceloteh sikit pasal life aku selepas graduate. Terasa sudah lame tidak aku karangkan liku-liku hidup aku yg aku lalui selama ini untuk entri blog aku, maklumla, sibuk dengan study lagi, assignment lagi, mcm2 lagila aktiviti yg berfaedah mahupun yg tak berfaedah yg aku lakukan sepanjang zaman universiti dulu...(tolong jgn ikut perangai ini ye adik 2..hehe)..sehingga masa aku untuk menulis entri untuk blog ini pun dah terabai..(sori blog..huhu).



Pra Permulaan Kehidupan Baru.

Aku tamat pengajian di universiti pada bulan November 2009. Selepas hampir 5 tahun bertungkus-lumus (ye ke?..hehe)..belajar..akhirnya selesai jugak zaman universiti aku. Selepas sebulan aku menamatkan pengajian, aku terus pulang ke kampungku di Ipoh. Untuk sebulan memang seronok untuk duduk di rumah, berehat tanpa ada orang nak kacau, melayari internet sepuas-puasnya..(itu pun masih jarang jgk aku update blog..hehe), tetapi lama-lama, bosan jugak kalau tak buat apa-apa. Satu malam, tengah asyik aku menonton tv, handphone aku berdering, di kala hujan lebat, guruh berdentum..(mcm citer seram le plak..hehe)..bila aku angkat telefon, satu soklan menerjah, ''hoi, nk kerja tak kat Krana?''..FYI soalan cepumas itu telah diajukan oleh Senior aku, Abg. Adli, kenal pun waktu aku 1st year di universiti, waktu tu dlm persatuan yg dikenali AKHI PROJECT. Aku pun dengan pantas terus menjawab, ''set je, memang nk krja pun''. Dia pun bagitau le all the details psl kerja yg ditawarkan tu. Aku pun bila dengar dgn penuh excitednya, terus bersetuju menerima tawaran kerja tu tanpa aku ketahui apa yang bakal menanti aku di masa depan...Jeng Jeng Jeng...Penat le pulak taip ni..hehe..nak tau sambungannya?..tunggu!!!!..lain kali aku sambung..penat tangan dh nie..heheh..aku janji sambung cite nie..percayalah..(tibe nyanyi lagu Siti Nurhaliza plak..hehe)

Wassalam..End of Part 1

Tuesday, August 10, 2010

Wajah Baru,Imej Baru & Harapan Baru

Salam buat semua. Sudah lama aku tidak ber'blogging'. Makin rindu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Perasan tak, aku sudah menukar 'template' blog. Sekadar ingin angin dan suasana baru yang mungkin boleh memberi inspirasi untuk aku melakar kata-kata dalam blog ini. Terlalu banyak yang ingin aku kongsi dengan semua. Tetapi, jangan bimbang, aku akan kembali untuk menukil kata-kata dalam blog ini. Jumpa lagi. Wassalam.

Monday, September 28, 2009

Mihun Sup Kicap Pedas

Salam buat semua. Sungguh pedas mihun sup yang ku makan ini. Pedas. Namun cukup menghilangkan lapar di kala tengahari yang damai ini. Tekak aku tidak larat untuk mengunyah nasi pada tengahari ini. Mungkin kerana kesan bulan Ramadhan masih lagi kuat pada diriku. Atau mungkin aku masih kenyang sarapan pada pagi tadi. Yang penting, aku sudah mengisi nutrisi yang cukup untuk badan aku. Yang penting perut ini terisi dan tidak dibiarkan terseksa dan membiarkan ia merayu-rayu minta diisi. =)
Di atas meja yang berkedudukan di tengah-tengah kafeteria HS ini, aku merajinkan tangan aku menaip seberapa banyak bait untuk entri kali ini. Sekarang ini aku sedang bersendirian, menggunakan komputer riba milik CINTA HATI aku..hehe..harta sepencarian ni...hahaha...apa yang aku merepek ni?..hmm...berputar otak aku bergerak memikirkan apa yang hendak ditulis. Mungkin aku boleh menulis tentang makcik 'cleaner' yang sedang sibuk mengemas pinggan-pinggan yang dibiarkan oleh para pelajar yang baru selesai makan tengah hari. Sungguh bersungguh makcik ini bekerja, bertungkus-lumus untuk mencari rezeki. Bila difikir balik, banya peluang pekerjaan di Malaysia ni, tetapi hendak melihat anak-anak Malaysia memenuhi lompong kekosongan kerja itu, susah hendak ditemui. Rata-rata yang mengisi ruang pekerjaan di Malaysia ini, rakyat asing. Ambil contoh terdekat, Makcik 'cleaner' di hadapanku ini. Sedang menjamu selera sesudah selesai menyiapkan kerja-kerja beliau. Kenapa keadaan ini mesti berlaku di Malaysia? Rakyat kita ramai, tetapi, rakyat asing juga yang diambil bekerja. Anak-anak Malaysia? Nun di tengah jalan, me'rempit' sini sana, nun jauh di lorong-lorong kotor, menghisap ganja, dadah serta bermacam lagi ubatan 'asyik'. Mana anak-anak Malaysia?di Tanah Air yang sudah 52 tahun mencapai kemerdekaan?Mana mereka? Kenapa mesti diabaikan anak-anak sendiri, ibrarat pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Begitulah boleh diibaratkan Malaysia. Apa salahnya rakyat Malaysia diambil untuk menjadi buruh binaan?Apa salahnya tukang sapu atau tukang kebun di kalangan rakyat Malaysia? Satu fenomena yang harus kita fikirkan bersama. Tanah air sendiri, tetapi bukan kita yang membangunkan negara, orang luar yang membangunkan negara kita. Aku tinggalkan persoalan ini untuk kalian membuat penilaian.
Suasana makin lengang di kafeteria HS ini. Ramai sudah berkejaran untuk ke kelas. Aku masih sibuk melayari laman sesawang ini untuk menyiapkan tugasanku. Lega petang ini kelas aku tiada. Boleh lah aku meluangkan masa menyiapkan tugasan serta 'update' blog aku. Penat, tetapi perjuangan harus diteruskan. Ku terus hanyut dalam kesibukan ini. Wassalam.

Saturday, September 26, 2009

Nasi Lemak Sambal Sotong

Salam buat semua. Entah kenapa nama makanan menjadi pilihanku untuk menghiasi tajuk entri aku kali ini. Mungkin 'mood' aidilfitri masih lagi bersemangat dalam diriku untuk ku titipkan menjadi nukilan entri aku. Hmm..sudah seminggu kita menyambut aidilfitri, ku harapkan semoga aidilfitri kali ini membawa seribu erti buat kalian. Aku? padaku aidifitri kali tambah istimewa tatkala aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama serta guru kelasku ketika di bangku sekolah rendah, Pn. Siti Rodziah. Alangkah gembiranya hatiku tatkala dapat berjumpa beliau dan bertanya khabar akan dirinya. Walaupun kulihat dia semakin kurus, mungkin dek kesibukan menjaga anak-anak atau mungkin kesibukan mendidik anak bangsa membuat beliau agak susut. Namun, beliau langsung tidak menampakkan kesuraman atau kemuraman, beliau tambah ceria dengan kehadiran kami, anak-anak didik beliau. Gembira. Dapat berjumpa dengan kami. Sangat besar jasa beliau. Beliau lah yang pertama mendidik kami dari awal. Kalau tidak kerana jasa beliau, masakan kami boleh berjaya seperti sekarang. Kerana didikan dari awal beliau telah membuka jalan pada kami untuk membina diri masing-masing.


Setiba di rumah beliau, jam baru menunjukkan jam 5.00 petang. Saat kami memberi salam, beliau terus menyambut kami dengan senyuman yang pernah beliau ukirkan ketika menjadi guru kelas kami. Sangat manis & ikhlas. Nasi lemak sambal sotong merupakan santapan yang disediakan oleh cikgu. Pedas tetapi kepedasan itu dapat dilupakan dek keramahan cikgu melayan kami. Walaupun sudah lebih 10 tahun tidak bersua, namun cikgu tidak pernah melayan kami seperti orang asing. Malahan beliau melayan kami sepertimana kami 10 tahun lalu semasa beliau menjadi guru kelas kami. Walaupun gembira berjumpa, sedih tetap menyelubungi kerana tidak semua rakan sekelas kami hadir. Semua sudah berkerjaya. Aku terbayang, bila lagi dapat kami berjumpa lagi, kerana sekiranya kami semua sudah sibuk, mana mungkin akan ada masa kami untuk bertemu lagi. Namun aku berdoa, semoga cikgu sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki...Amiin..Wassalam.

Friday, September 25, 2009

Nasi Himpit Berkuahkan Lontong

Salam buat semua. Sudah hampir sebulan blog ini tidak digarapkan dengan nukilan-nukilan hatiku yang sedia maklum sentimental. Hehe. Bukan memuji diri, tetapi sekadar jenaka buat si pembaca bisa tersenyum. Senyum itu kan sedekah. Tidak begitu?;-)...Kekadang diri ini amat culas untuk mengarang entri untuk blog ini, bukannya bosan, tetapi idea-idea tidak bisa timbul untuk kugarapkan menjadi sebuah entri yang mampu memberi sesuatu ke si pembaca. Bukan sekadar bahan picisan yang tidak memberi apa-apa kepada orang yang membaca. Mengapa agak puitis kata-kataku kali ini? Mungkin kerana baru sahaja selesai menghabiskan novel karya terbaru Faisal Tehrani berjudul 'Maaf Dari Sorga'. Aku amat menggemari karya-karya Faisal Tehrani, setiap karya beliau pasti ada mesej-mesej yang berguna kepada pembacanya, serupa lah halnya dengan 'Maaf Dari Sorga' ini. Jika sekali imbas, bisa kita mengatakan karya beliau kali ini agak tahyul dan khayalan semata. Tetapi kira kita telusuri setiap bait tulisan beliau, sebenarnya novel ini bukan tahyul mahupun khayalan. Malahan, ia bisa menyedarkan kita akan kesalahan serta dosa yang kita seringkali lakukan di dalam dunia ini. Tulisan beliau mempunyai elemen-elemen satira yang begitu tajam sekali. Ingin sekali ku sarankan kepada sahabat2 sekalian untuk membaca karya Faisal Tehrani ini. Jamin kalian bisa terpegun dengan karya ini=)
Apa kaitan nasi himpit dengan entri ini? Jawapannya mudah, sekarang kita berada dalam bulan Syawal, nasi himpit amat molek benar dan secocok dengan Syawal. Lontong? Baru-baru ini, pada raya pertama, aku menikmati santapan nasi himpit berkuahkan lontong. Amat asyik sekali rasanya, bak kata 'tagline' KFC..sehingga menjilat jari...tetapi aki tidaklah sampai begitu sekali..amat buruk lakunya..hehe. Apa kaitan? Sekadar menjadi penyedap dan mukadimah entri aku..hehe. Lidah aku sudah semakin sebati dengan masakan Jawa. Mungkin jodoh aku pun dengan seseorang yang ada darah Jawa.;-) Syawal kali ini amat bermakna bagiku. Mengapa? mungkin kerana hati aku telah ditemani oleh hati yang istimewa untuk tahun kedua Syawal aku. Hati aku sentiasa gembira kerana tidak lagi sunyi menyambut Syawal. Hatiku sentiasa setia ditemani hati yang istimewa itu. Kuharapkan agar hati itu akan terus setia menemani hati ku sampai bila-bila...aminnn=).
Karya yang ringkas bisa kutitipkan kali ini. Ringkas namun cukup meluahkan apa yang terkandung dalam lubuk hati ini. Apa aku nak buat selepas ini? Ingin meluangkan masa menelusuri karya terbaru Faisal Tehrani..'Ketupat Cinta'...Salam Aidilfitri...Wassalam.=)

Sunday, June 28, 2009

Selamat Berjuang Adik-adikku

















Salam buat semua, so entri kali ini agak sentimental sedikit..huhu..bukan ape..sewaktu entri ini ditulis, adalah hari terakhir aku membimbing adik-adik tingkatan 2 ini...sebab aku nak cuti dan buat persediaan untuk sambung belajar. Walaupun masa aku dengan mereka ini agak singkat serta terbatas..tetapi terlalu banyak memori yang terkumpul sepanjang aku dengan adik-adik ini..bukan setakat aku dapat berkongsi pengalaman aku dengan mereka ini..tetapi aku juga dapat belajar sesuatu daripada mereka..aku tahu mereka ini memerlukan sokongan yang tak berbelah bagi serta sokongan yang tanpa jemu baik daripada keluarga mahupun guru-guru mereka. Mereka sebenarnya punya potensi untuk menjadi insan yang cemerlang suatu hari nanti..tetapi jika tanpa bimbingan..mereka tidak dapat mengecapi kecemerlangan itu..apa yang penting..manusia itu sama..tiada beza..kecuali ketaqwaan..nah..sudah jelas apa yang difirmankan Allah..jadi siapa kita untuk menghukum serta menilai seseorang itu baik atau buruk..jahat atau baik?..apa lebihnya kita daripada orang lain?..we are the same..jadi..aku sentiasa mendoakan supaya adik-adik ini akan berjaya suatu hari nanti dan sentiasa ingat akan frasa ini.."do not judge a person before you know him"..wassalam..

Saturday, June 27, 2009

Seketika Itu...

Dunia ini ibarat pentas yang amat dahsyat besarnye..dan kite manusia yang kerdil ini..adalah pelakon-pelakonnye..hebat sekali ciptaan tuhan..tak siapa boleh mencabar kehebatan yang maha Esa ini..dlm kehenigan pagi..seketika aku melayar laman sesawang dan membuka portal facebook..aku tibe2 merasai kesyukuran yang amat sangat..sbb?..sbb aku dikelilingi insan2 yang unik serta hebat dlm hidup aku..hebat sekali perencanaan Allah yang Esa..kerana mengurniakan aku insan2 ini sebagai sahabatku..terlalu banyak perkara aku pelajari secara 'indirectly' dlm proses membentuk diriku menjadi insan yang 'improve' dari sehari ke sehari...bkn mudah nk dpt satu pendidikan yg informal dr tuhan yang Esa...kerana itu Allah mengurniakan kita akal supaya kita bole berfikir tentang kejadian yang berada di sekeliling kita...Allah juga sudah berfirman yg tiap2 satu yg dijadikan oleh Nya bukan sia-sia..tetapi ada maksud tersirat serta hikmah di sebaliknya..alhamdulillah aku sudah pelajari sedikit sebanyak perkra-perkara yg berlaku dlm hidupku..semua itu mengandungi hikmah yg kita perlu cari..sentiasa redha dan berazam untuk menjadi insan yg terbaik untuk hari-hari yg seterusnya..wassalam..